~Penyakit taun atau kolera merupakan penyakit akibat daripada jangkitan virus (kuman), vibrio cholera.
~punca bagaimana kuman taun boleh tersebar ialah melalui pengambilan makanan dari persekitaran yang kotor dan tidak terurus seperti pengambilan makanan yang dicemari kuman taun atau tidak dimasak .
~merupakan penyakit saluran penghadaman (intestinal tract) yang disebabkan oleh bakteria Vibrio cholerae. Virus ini biasanya ditelan melalui air minuman yang tercemar kerana pengendalian yang tidak bersih atau melalui ikan yang tidak dimasak dengan betul terutamanya kerang. Simptom termasuk cirit-birit ( diarrhea ), perut tegang (abdominal cramps), mual, muntah, dan kekeringan. Penyakit Taun dirawat dengan rehidrasi dan antibiotik, tetapi dalam kes teruk, taun boleh menyebabkan kematian.
~ Vibrio cholerae menyebabkan penyakit dengan membebaskan toksin yang melumpuhkan fungsi GTPase pada protin G yang merupakan sebahagian pasangan penerima-protin G ( G protein-coupled receptor ) di dalam sel usus. Ini mengakibatkan protin G terkunci dalam "kedudukan terpasang" mengikat GTP (biasanya, protin G kembali "tertutup" dengan pantas dengan hydrolizing GTP kepada GDP). Protin G mengakibatkan adenylate cyclase menghasilkan sejumlah besar cyclic AMP (cAMP) yang mengakibatkan kehilangan cecair dan garam yang banyak pada lapisan perut.
~Cirit-birit yang berlaku membenarkan virus tersebar kepada orang lain akibat keadaan yang tidak bersih. Pembawa gen penyakit Sistik Fibrosis (cystic fibrosis) dilindungi dari kesan taun teruk akibat mereka tidak kehilangan air dengan cepat. Ini menjelaskan jumlah tinggi cystic fibrosis dikalangan penduduk yang pernah terdedah kepada taun.
~jge kbersihan mknn ye kwn2 n lau na mkn kt mne2 restoran,lihat kbersihannya trlebih dahulu ea !
~n paling penting bsuh tgn sblum mkn !
-reddish-
No comments:
Post a Comment